
Rakan Kongsi F.U.S
Salam Sejahtera, saya Bobby Patrick. Pengasas Kelas Tutor bagi matapelajaran Matematik dan Prinsip Ekonomi. Saya telah menamatkan pelajaran di Matrikulasi dalam bidang Perakaunan.
Saya melihat kebolehan diri saya dalam matapelajaran Matematik dan Prinsip Ekonomi menyebabkan saya terfikir untuk membuka kelas tutor bagi matapelajaran tersebut. Saya percaya pendekatan yang akan saya gunakan dapat membantu pelajar Universiti lain.
Tutor Peribadi
BOBBY PATRICK
Nama saya Mohamad Amjad Bin Abdul Halim . Bagi tugasan ini saya telah memilih untuk menjual sambal goreng ikan bilis . Saya melihat sambal goreng ikan bilis ini mampu menjadi salah satu kegemaran ramai orang kerana ia mudah dibawa , mudah untuk disajikan dan yang paling penting ianya rangup dan sedap . Apa yang paling menarik ialah sambal goreng ikan bilis ini datang dengan harga yang berpatutan iaitu RM 6.00 bagi 150g dan RM 10.00 bagi 350g .
Jadi saya menyasarkan jualan saya kepada pelajar UUM memandangkan pelajar sekarang lebih meminati benda yang segera dapat dimakan dan yang paling penting sekali adalah murah dan sesuai dengan bajet sebagai seorang pelajar . Oleh itu , bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan sambal goreng ikan bilis ini boleh terus menghubungi saya di talian 019-5079375 . Jadi dapatkan segera sambal ikan bilis ini dengan segera agar anda dapat merasai kerangupan yang pasti memikat hati .
Pengusaha Sambal Ikan Bilis
MOHAMAD AMJAD
Hellloooooo, saya Callista Magdelene Ak Chua, pengasas Callieeys Candies. Mendapat pendidikan awal di Universiti Utara Malaysia dalam bidang Hal Ehwal Antarabangsa. Saya berpengalaman dalam bidang perniagaan dan mencari segala sumber bagi menjayakan perniaagaan yang saya jalani.
Saya menjual gula gula ini kerana ia dapat menjadi penawar kepada kesedihan orang ramai. Selain itu, saya dapat melihat bahawa apabila saya menjual gula gula kepada orang ramai ia dapat melangkah lebih jauh dan maju. Pembungkusan ia juga asli dan menarik. Oleh itu, saya mengambil peluang ini untuk memulakan perniagaan Callieeys Candy.
Pengusaha CALLIEEYS CANDYS
CALLISTA MAGDELENE AK CHUA
Hi, saya Adib bin Mohd Rafi, Pengasas Thrift Store. Berpengalaman menjalankan perniagaan dengan mencari barang barang branded. Saya melihat bahawa barangan terpakai seperti baju bundle ini dapat melangkah lebih jauh dalam bidang perniagaan dan fesyen. Hal ini kerana setengah pakaian mempunyai nilai yang tinggi sepeti baju band dari zaman 80an. Oleh itu, saya memulakan perniagaan yang sekarang ini
Pengusaha Thrift Store
ADIB
Hai, saya Muhammad Hafizuddin Bin Mohd Yusoff. Saya ialah pengasas crispy choco jar. Di sini saya ingin memberitahu apa yang terkandung dalam crispy choco jar dari kami, terdapat dua sahaja kandungan iaitu bubble rice dan chocolate Cadbury milk. Crispy cocho jar dari kami mengandungi 500 gram setiap bekas.
Mengapa anda perlu beli crispy choco jar dari kami ? contohnya pada waktu tengah malam, anda lapar tetapi anda tidak mahu makan makanan yang berat , anda boleh makan crispy choco jar dari kami. Choco jar kami tidak mempunyai kandungan lemak yang tinggi yang boleh membuatkan anda gemuk atau obesity. Kelebihan choco jar kami , mempunyai coklat yang lebih yang membuatkan anda makan sehingga menjilat sudu kerana enak tak terkata.
Pengusaha Crispy Choco Jar
MUHAMMAD HAFIZUDDIN
Salam sejahtera, nama saya ialah Melvin Saw Shang Kean. Saya merupakan pengasas Asmaralda Collection. Saya mendapatkan pendidikan ijazah sarjana muda pertama dalam bidang Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa dengan kepujian di Universiti Utara Malaysia,Sintok,Kedah. Saya berpengalaman untuk menjalankan perniagaan secara atas talian atau dikenali sebagai e-commerce dan mahir menggunakan pengalaman serta kemahiran dengan sumber sedia ada untuk memajukan perniagaan dalam bidang tudung dan pakaian ini.
Saya melihat dan berpendapat bahawa tudung menjadi pakaian asas kepada wanita muslim dan sentiasa memerlukan gaya fesyen yang terkini bagi menarik minat seta cita rasa pelanggan. Tudung ini juga menjadi minat tarikan kaum wanita apabila kualiti kain yang dihasilkan adalah baik dan bermutu. Pada masa yang sama, para wanita muslim dapat mengikut gaya fesyen terkini melalui Asmaralda Collection. Oleh sebab itu, saya telah mengambil peluang ini dan memajukan perniagaan tudung ini.
Pengusaha Asmaralda Collection
Melvin Saw Shang Kean
Hi, saya Darshan raj a/l K.Narayanan, salah seorang rakan niaga di ‘Friendly User Shop’dan pengasas F.U.S Auto Umbrella. Saya ada pengalaman pendidikan dalam Diploma Kewangan dan Perbankan Islam di Politeknik Premier Ungku Omar. Saya sedang mempelajari Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Logistik dan Pengangkutan di Universiti Utara Malaysia. Saya ada pengalaman menjalankan perniagaan secara talian semasa pendidikan Diploma dan menggunakan segala sumber yang ada bagi memajukan perniagaan ini.
Saya melihat kepentingan payung dalam kalangan warga UUM adalah sangat penting pada musim panas dan hujan. Ketika kedua-dua musim ini, kadar penggunaan dan permintaan payung sangat tinggi dalam kalangan siswa dan siswi UUM. Oleh sebab itu, saya mengambil peluang ini untuk memulakan perniagaan penjualan payung automatik dengan nama ‘F.U.S Auto Umbrella’.
Pengusaha Auto Umbrella
DARSHANRAJ
Hi, saya Kugen A/L Sukumaran, penjual Samyang Ramen. Mendapat pendidikan awal PSAS iaitu Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang dalam bidang perakaunan. Kini saya mengambil Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dalam Sistem Informasi di UUM.
Saya melihat bahawa maggie segera ini adalah sejenis makanan yang paling digemari oleh warga UUM tidak kira dalam bentuk dan rasa yang asal diinovasikan. Oleh itu, saya mengambil peluang ini untuk memulakan perniagaan menjual Samyang Ramen ini.
Pengusaha Samyang Ramen
KUGAN
Assalammualaiku dan Hi, saya Sheikh salah seorang rakan niaga di “Friendly User Shop” iaitu suatu pentas untuk saya dan rakan-rakan berkecimpung dalam dunia perniagaan. Secara tidak langsung ‘Friendly Use Shop” ini mejual barang-barang atas talian dan juga memberi perkhidmatan tutor untuk para pelajar yang berkeinginan berdasarkan subjek yang kehendak. Anda mungkin tertanya “what’s funky pins all about?” Haaa meh nak share ; Funky pins ini diperbuat daripada aloi alam mesra. Pins ini memang bersesuaian untuk sesiapa hendak memberi hadiah sempena Hari Jadi ataupun dibuat koleksi.
Untuk pengetahuan lebih lanjut, korang ingat tak zaman sekolah dahulu waktu kokurikulum sesiapa yang berkecimpung dalam Kadet Remaja Sekolah? Sebahagian daripada aksesori KRS terdapat pin yang wajib dipakaikan di kolar, sama juga untuk “funky pins” ini. Korang boleh pakaikan pins ni untuk mengempakkan lagi outfit mengikut tema. Salah satu tujuan admin jualkan pin adalah untuk para pelajar UUM, memandangkan korang kadang-kadang buntu membuat pemilihan tepat untuk menghadiakan seorang apa kata hadiah kecil ini menyempurnakan kehendak iaitu kecil lagi rancak malah murah harganya?
Pengusaha FUNKY PINS
SHEIKH MUHAMMAD AL-AZIM
Assalamualaikum. Hi, saya Mohammad Zameer Bin Zainol, pengasas Rempeyek Ikan Bilis. Mendapat pendidikan awal di Stradford International College dalam bidang Diploma Pentadbiran Perniagaan. Saya telah menjalankan perniagaan menjual rempeyek ikan bilis ini selama setahun.
Industri makanan ringan ini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, saya mengambil
kesempatan untuk terlibat dalam perniagaan ini dan mula menjual rempeyek Ikan bilis di UUM.
Pengusaha Rempeyek Ikan Bilis
ZAMEER
Hai,saya Muhammad Syukri Bin Mat Gahani,Saya ialah pengasas Yie’s Stationary Store. Mendapat pendidikan awal di SK Bukit Tunggal dan melanjutkan pelajaran ke SMK Lembah Bidong. Setelah itu, saya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pahang sebelum menyambung ijazah sarjana muda dalam kos Sains Pemutusan. Dengan segala ilmu yang saya pelajari maka tercetuslah idea untuk mengasaskan Yie’s Stationary Store.
Antara alat tulis yang boleh didapati ialah pen,pensil,pembaris,pemadam,stapler,buku nota dan penanda buku. Kami menyediakan semua alat tulis tersebut dengan harga yang tidak ditawarkan di mana-mana kedai alat tulis yang lai. Hal ini kerana, kami ingin membantu para siswa dan siswi serta pelajar-pelajar sekolah memandangkan pada zaman ini pelbagai kos dan yuran telah meningkat
Pengusaha YIE’S Stationary Store











